Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Lepas Star Trek Michelle Yeoh muncul dalam Avatar 2
Diterbitkan:  Apr 16, 2019 9:23 PM
Dikemaskini: 1:23 PM

Aktres Michelle Yeoh diberi kepercayaan menjayakan watak saintis, Dr Karina Mogue melalui buah tangan terbaru James Cameron, iaitu sekuel kepada filem blokbuster 2009, Avatar.

Michelle, dijangka membarisi filem itu bersama nama-nama besar seperti Zoe Saldana, Sam Worthingtion, Kate Winslet, Sigourney Weaver, David Thewlis dan Edie Falco.

Pelakon Crazy Rich Asians itu yang ketika ini sedang membintangi TV CBS Star Trek: Discovery pernah membintangi filem seperti Crouching Tiger, Hidden Dragon, Tomorrow Never Dies dan Memoirs of a Geisha.

Walaupun plot untuk sekuel yang sangat dinanti-nantikan ini belum dikongsikan kepada umum, Cameron tetap memberikan bayangan kepada peminat dalam satu wawancara bersama media Febuari lalu.

Cameron mendedahkan, sekuel itu menyambung ceritanya beberapa tahun kemudian selepas filem asal ditayangkan.

Pada ketika itu, Jake (Worthington) dan Neytiri (Zoe) masih hidup bersama selain mempunyai seorang anak perempuan berusia lapan tahun.

Pengarah itu berkata, salah satu babak paling kritikal menunjukkan pertengkaran antara dua watak utama tersebut sambil disaksikan anak mereka.

"Terdapat tiga halaman babak pertengkaran antara Jake dan Neytiri, persengketaan rumah tangga yang sangat-sangat kritikal dalam jalan cerita ini," katanya.

Empat sekual dari Cameron, 64 masih dalam penggambaran. Sekuel kedua dijangka menjengah pawagam pada Disember 2020.

Pengarah itu juga berkongsi bagaimana dia disatukan semula dengan bintang Titanic, Winslet yang juga pelakon di bawah arahannya dalam satu wawancara dengan portal hiburan, Vulture. 

Dalam Avatar 2, Winslet memegang watak sebagai Ronal, anggota penyelam bebas dari bangsa Pandora.

Avatar 2 dijangka menemui peminat pada Disember 2020.

Lihat Komen
ADS