Seni & Hiburan Malaysiakini

PU Abu mengaku cerai isteri sarat mengandung

Hiburan  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Selepas kekecohan mengenai kontroversi rumah tangganya baru-baru ini, Abu Sufyan mengaku dengan dakwaan yang mengatakan dia menceraikan isterinya yang sarat mengandung tujuh bulan.

Abu atau dikenali sebagai PU Abu yang menjadi peserta program Pencetus Ummah (PU) musim ketiga pada 2015 berkata dia mempunyai ceritanya sendiri.

Bagaimanapun, PU Abu berkata buat masa ini dia mahu sekadar mengeyakan dakwaan bekas isterinya, Ain Afini di media sosial.

“Kenyataan Ain sudah dijawab,” katanya seperti dipetik laporan mStar Online.

PU Abu juga meminta agar semua pihak memberi ruang untuknya memberi penjelasan.

“Memang ada (penjelasan) daripada pihak saya. Saya ada cerita tersendiri,” katanya.

Jumaat lalu, Ain meluahkan perasaan dukanya selepas sah diceraikan pendakwah itu ketika sarat mengandung.

“Pada 13.3.2019 saya telah dilepaskan dan ditinggalkan oleh bekas suami saya PU Abu Sufyan kerana beliau memilih untuk menikahi seorang janda bernama Hana Azraa,” kata Ain menerusi laman Instagram.

Hana yang dikatakan punca penceraian mereka merupakan seorang usahawan kosmetik dari Kedah.

Untuk rekod, pasangan ini telah berkahwin sejak dua bulan yang lalu.

Ketika ditanya alasannya menceraikan isteri yang sarat mengandung, PU Abu sekadar berkata tidak mahu memperbesarkan isu tersebut.

“Saya tak nak besarkan lagi. Kalau tidak, saya ni sama dengan bekas isteri saya,” katanya yang kini berada di Madinah.