Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan

Filem adi wira "Avengers: Endgame" melakar sejarah tersendiri apabila berjaya meraih kutipan terpantas melepasi AS$2 bilion di seluruh dunia hanya dalam tempoh 12 hari tayangan dengan jumlah keseluruhan AS$2.189 bilion, lapor agensi berita Xinhua.

"Avengers: Endgame" mengutip AS$428 juta di seluruh dunia pada hujung minggu kedua, termasuk AS$145.8 juta di Amerika Utara dan US$282.2 juta di pasaran luar negara sehingga Ahad.

Diarahkan Anthony Russo dan Joe Russo, filem berkisar mengenai pasukan adi wira dari Komik Marvel the Avengers itu adalah yang terakhir dalam 22 siri filem itu.

China menjadi pasaran antarabangsa paling hebat untuk filem itu, hari pertama tayangannya pada 23 April lalu jumlah kutipan mencecah 3.88 bilion yuan (AS$576 juta) dan menduduki ranking ketiga dalam sejarah kutipan pecah panggung di negara itu selepas "The Wandering Earth" dan "Wolf Warrior 2."

-  Bernama

Lihat Komen
ADS