Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Putera Harry, Meghan dikurnia anak lelaki
Diterbitkan:  May 7, 2019 3:04 PM
Dikemaskini: 7:04 AM

Meghan Markle selamat melahirkan cahaya mata lelaki. Berita gembira tersebut diumumkan suaminya, Putera Harry.

Harry yang teruja dengan kelahiran berkenaan berkata, Meghan dan bayi mereka berada dalam keadaan sihat bahkan mereka masih belum memutuskan nama yang sesuai buatnya.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Buckingham Palace memaklumkan bahawa bayi tersebut dilahirkan dengan berat 3.2 kilogram.

Bayi lelaki itu merupakan pewaris ketujuh untuk takhta kerabat diraja Britain dan juga cucu kelapan untuk Ratu Elizabeth.

Ditanya mengenai pengalaman menyaksikan kelahiran anaknya itu, Harry ketawa dan berkata, semestinya ia sesuatu yang tidak pernah disaksikannya sebelum ini.

“Saya tidak pernah melihat banyak kelahiran, ini pasti yang pertama. Ia amat menakjubkan, luar biasa dan saya amat bangga dengan isteri saya.

“Sepertimana setiap ibu bapa akan berkata, kamu tahu bayi kamu mengagumkan dan anak kecil ini sesuatu yang ditunggu-tunggu. Saya amat gembira," katanya.

Tambah Harry, ia pengalaman paling menakjubkan yang dapat saya bayangkan.

"Bagaimana setiap wanita melakukan apa yang mereka lakukan, ia sesuatu yang berada di luar pemahaman,” katanya seperti dipetik BBC.

Lihat Komen
ADS