Filem animasi "Pokemon Detective Pikachu" pada Jumaat mendominasi carta filem pecah panggung di China, menurut Rangkaian Data Maklumat Filem China pada Sabtu.

Ia meraih kutipan 75.16 juta yuan (kira-kira AS$11 juta) pada hari pertama tayangannya, lapor agensi berita Xinhua.

Diikuti filem "Avengers: Endgame" meraih 27.96 juta yuan.

Tempat ketiga adalah filem Lubnan "Capernaum," memperoleh kira-kira 12.97 juta yuan.

- Bernama