Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Lepas 'skandal' terdedah Aliff Aziz, Bella bercerai

Kemelut rumah tangga penyanyi dan pelakon kontroversi Aliff Aziz memasuki fasa baru selepas dia melafazkan cerai talak satu kepada isterinya, Bella Astillah hari ini.

Lafaz itu dibuat Aliff di hadapan hakim Izzat Syazli Murshid kira-kira jam 3.55 petang dalam satu prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Bella atau nama asalnya, Dayang Nabellah Awang Astillah selaku plaintif memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) Kuala Lumpur 1984.

Bella memaklumkan perceraian dituntut kerana mereka sudah tidak lagi mempunyai persefahaman, selain sudah tiga bulan tidak lagi tinggal sebumbung.

“Kami tidak ada persefahaman dan suami selalu curang,” katanya dalam nada sedih.

Mahkamah memerintahkan Bella supaya beridah sebanyak tiga kali suci, manakala sijil nikah mereka diperintah untuk dibatalkan.

Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 28, menangis sepanjang prosiding berlangsung hingga ke luar mahkamah.

Aliff juga bersetuju untuk membayar nafkah anak mereka, Mohamad Ayden Adrean, sebanyak RM1,000 sebulan yang akan dimasukkan ke akaun Bella bermula Mei ini.

Sebelum ini rumah tangga pasangan berkenaan dihidu mengalami masalah apabila satu persatu kecurangan Aliff mula didedahkan di media sosial.

Lihat Komen
ADS