Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Pengasas Dnars Skincare maut kemalangan di Pattani
Diterbitkan:  May 18, 2019 1:29 PM
Dikemaskini: 9:50 AM

Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad maut dalam kemalangan di Pattani, Thailand.

Jurucakap polis Nong Chik berkata mangsa, 40, menaiki kereta jenis Toyota Estima yang dipandu suaminya Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, dipercayai melanggar sebuah lori rosak yang berhenti di tepi Jalan Pattani-Hatyai, Kg Donrak, Nong Chik kira-kira 9 pagi (waktu tempatan).

“Berdasarkan siasatan awal polis, pemandu kereta Toyota Estima berkemungkinan tertidur, dan lori rosak yang berhenti di tepi jalan tanpa meletakkan tanda amaran,” katanya kepada Bernama.

Faziani meninggal dunia di tempat kejadian manakala Ahmad Shah digegaskan ke Hospital Nong Chik dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Dalam satu entri dalam akaun Instragram, anak pengasas produk kecantikan itu, Iqbar Hakim Ahmad Shah Rizal berkata “arwah accident (kemalangan) di Pattani, dalam menuju ke satu pondok untuk selesaikan kewajipan zakat”.

Sebelum itu, Iqbar berkata "Saya baru kehilangan bonda kesayangan saya disebabkan kemalangan, sekarang saya dalam perjalanan untuk pulang ke kampung.

"Kepada semua kalau boleh sedekahkan Al-Fatihah kepada mommy saya Faziani Rohban Ahmad. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman," katanya.

Jenazah Faziani dijangka dibawa balik ke Kelatan hari ini.

Faziani yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu popular dengan produk kecantikan terutama di Pantai Timur.

- Bernama

Lihat Komen
ADS