Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Ammar Alfian pula didakwa curang
Diterbitkan:  May 20, 2019 9:44 PM
Dikemaskini: 1:44 PM

Ramadan tahun ini dikejutkan dengan isu pergolakan rumah tangga melibatkan selebriti tanah air.

Jika sebelum ini perhatian terhadap penyanyi Aliff Aziz dan bekas isterinya Bella Astillah, kini isteri kepada pelakon Ammar Alfian, Nelissa Nezam yang sedang hamil enam bulan membuat dakwaan serupa.

“Ramadan tahun ini menguji saya dengan cara yang tidak terjangka. Saya mendapat tahu suami yang dikahwini selama tiga tahun telah berlaku curang ketika saya sedang sarat mengandungkan anaknya.

“Saya tidak pernah tahu saya telah berkahwin dengan seorang lelaki yang boleh membuat sesuatu yang tidak berhati perut seperti itu.

“Saya percaya bahawa semuanya berlaku dengan alasan dan Allah mempunyai rencana yang lebih baik untuk saya dan bayi dalam kandungan ini," kata Nelissa menerusi hantaran di Instagram hari ini.

Dia bagaimanapun tidak menjelaskan secara lanjut berkenaan perkara itu, dan telah memadam hantaran Instagram tersebut.

Nellisa dan Amar yang terkenal dengan filem Paskal mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016.

Mengulas lanjut, Nellisa yang juga pengacara televisyen berkata dia bersyukur kerana mendapat sokongan daripada keluarga dan rakan terdekat.

“Ketika mendapat tahu tentang hal ini, saya rasakan seluruh dunia ini telah musnah dan fikir tidak akan mampu untuk mengharunginya. Mujurlah ada keluarga dan rakan-rakan yang membuatkan saya kembali kuat,” katanya lagi.

“Semoga semuanya akan menjadi lebih baik bermula sekarang, InsyaAllah,” katanya, mengakhiri hantaran itu dengan tanda pagar #singlemother (ibu tunggal).

Lihat Komen
ADS