Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan

Meskipun berdepan dugaan apabila ikatan pertunangannya terlerai Mac lalu, penyanyi Awi Rafael tidak serik untuk kembali ke fasa itu lagi.

Tambahnya, dia akan mengikat tali pertunangan sekiranya ditakdirkan jatuh cinta sekali lagi.

“Jika ditakdirkan saya jatuh cinta semula, saya tidak menolak untuk melalui proses bertunang sekali lagi.

“Apa sahaja kemahuan wanita yang bakal mengisi hati saya nanti, Insha-Allah saya cuba tunaikan,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman Konsert Great Amal Fest di Damansara baru-baru ini.

Pemilik nama penuh Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael itu turut menggangap peristiwa silamnya bersama pelakon Atikah Suhaimie sebagai satu pengajaran dan berharap ada hikmah di sebaliknya.

Pada 14 Mac lalu, Awi dan Atikah memaklumkan pembatalan pertunangan seminggu sebelum pernikahan mereka.

“Setiap yang berlaku ada sebabnya. Saya kekal positif dan cuba menjalani hari seperti biasa.

“Awi tak terburu untuk bercinta dan kalau cinta itu ada nanti, saya akan ikhtiar dan itu nama dia berkat,” katanya.

Ditanya soal jodoh, Awi berkata dia tidak mahu terlalu fokus dalam percintaan dan biar masa yang menentukan.

“Belum lagi dan Awi terlalu fokus untuk keluarga dengan juga kerja saya sendiri.

“Kalau ada rezeki nanti, Insha-Allah urusan akan dipermudahkan,” katanya.

Jemput bekas tunang

Bakal menganjurkan program Great Amal Fest pada 23 Jun ini, Awi yang bertindak selaku penganjur utama turut mengaku menjemput bekas tunangnya itu.

Kata Awi, dia tiada masalah untuk bekerjasama dengan pelakon itu dan kini mempunyai hubungan persahabatan yang baik.

“Saya tiada masalah berkomunikasi dengannya. Hubungan kami masih baik.

“Saya sudah lama menerima hakikat bahawa mungkin kami ditakdirkan lebih serasi sebagai sahabat. Kalau masih ada jodoh antara kami, semua itu kuasa Allah,” katanya.

Great Amal Fest 2019 adalah sebuah konsert amal percuma yang akan diadakan di sebuah gudang di ibu pejabat Ethis Ventures Sdn Bhd.

Awi berharap konsert tersebut dapat memberi peluang kepada orang ramai menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

Program Amal itu turut menampilkan beberapa artis seperti Raihan, Altimet dan Yaasin.

Lihat Komen
ADS