Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Kerajaan perkenal elaun bulanan RM5,000 untuk sasterawan negara
Diterbitkan:  Jun 24, 2019 4:25 PM
Dikemaskini: 1:14 PM

Kerajaan memperkenalkan elaun RM5,000 sebulan untuk penerima anugerah Sasterawan Negara.

Kementerian Kewangan meluluskan peruntukan tambahan RM35,000 kepada Kementerian Pendidikan untuk bayaran itu mulai bulan depan hingga Disember ini.

“Bayaran bulanan RM5,000 akan diteruskan untuk tahun-tahun yang seterusnya,” kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Tujuh Sasterawan Negara yang masih hidup yang akan menerima elaun itu ialah A Samad Said, Muhammad Salleh, Noordin Hassan, Anwar Ridhwan, Ahmad Kamal Abdullah, Baha Zain dan Zurinah Hassan.

Lihat Komen
ADS