Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan

Suami pelakon Nadya Syahera, Fizul Nawi menjelaskan dia sebenarnya “sengaja” membuka peluang pada netizen untuk memutuskan masa depan rumah tangganya menerusi undian di Instastory.

Walaupun menyedari perbuatannya itu salah, Fizul berkata dia sekadar ingin mengetahui benarkah wujud golongan negatif yang cenderung menyokong sesuatu perceraian.

Katanya lagi, antara tujuan lain, tindakan itu juga dibuat sebagai menyindir pengguna media sosial yang begitu mudah membuat spekulasi ke atas sesuatu isu tanpa mengetahui kebenaran di sebaliknya.

“Saya sengaja buat demikian. Saya tahu ada yang cakap saya kurang bijak.

“Tetapi saya nak tahu sama ada mereka mendoakan atau suka sesebuah pasangan itu bercerai-berai,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Menurut Fizul, hasil semakan undian mendapati sebanyak tujuh peratus pengundi menyokong supaya mereka bercerai.

“Yang ini betul-betul tak ada otak. Ada juga yang berharap untuk melihat sesebuah pasangan itu bercerai,” katanya dalam nada terkilan.

Terdahulu, kisah tindakan Fizul meminta pandangan netizen berhubung masa depan rumah tangganya yang didakwa goyah memenuhi dada media.

Nadya sebelum ini mendakwa usahawan itu tidak pulang ke rumah selama sebulan selain berlaku curang dengan adik pengasas kosmetik berasal dari Kelantan.

Spekulasi itu mengundang perhatian ramai sejak Jumaat lalu. Atas alasan itu jugalah Fizul bertindak membuka ruangan undi di Instastory berhubung perkahwinannya.

Mengulas spekulasi tersebut, Fizul berkata, dia tidak pulang ke rumah ekoran sibuk menguruskan perniagaannya di tiga buah negeri.

Menjelaskan isu kecurangan pula, kata Fizul, dia sebenarnya hanya berurusan dengan wanita tersebut atas alasan kerja.

“Saya tidak cukup pekerja pada hari itu dan kebetulan dia kawan kepada pekerja saya datang untuk membantu. Lepas itu kami lepak di sebuah kafe di Kelantan.

“Tetapi kami bukan hanya berdua. Ada semua pekerja saya di situ,” katanya yang mendakwa sudah tidak berhubungan lagi dengan wanita terbabit selepas urusan itu selesai.

Fizul dan Nadya mendirikan rumah tangga pada 25 September 2015. Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata, Aleena Rose,dua tahun dan Mohamad Dayan, setahun.

Lihat Komen
ADS