Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Mural Festival Jazz Kuching lokasi menarik fotografi

Lukisan mural mengenai Kuching Waterfront Jazz Festival (KWJF) yang dilukis di bahagian tepi dinding Astana Wing, Riverside Majestic Hotel pastinya menjadi tumpuan anak muda mengambil gambar dan menyiarkannya di media sosial masing-masing.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata mural baharu itu akan menjadi satu lagi tarikan buat pelancong yang akan menjadikan bandar raya Kuching lebih menarik.

“Bagi pelancong dan orang muda, lokasi itu akan menjadi tempat fotografi terbaik di Kuching dan memaparkannya di media sosial mereka.

“Menerusi penglibatan media sosial ini, festival muzik jazz itu yang akan diadakan pada 28 hingga 29 Sept ini, serta bandar raya Kuching akan menjadi popular dan kelihatan di Internet,” katanya dalam kenyataan di Kuching hari ini.

Selain persembahan jazz daripada pemuzik bertaraf dunia, festival itu turut menyediakan bazar seni, kraf serta makanan dan minuman.

- Bernama

Lihat Komen
ADS