Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Penikam Simon Yam ada masalah mental
Diterbitkan:  Jul 21, 2019 5:22 PM
Dikemaskini: 9:25 AM

Polis China memberitahu, lelaki yang melakukan aksi pegun dengan menikam pelakon veteran Hong Kong, Simon Yam, semalam mengalami masalah skizofrenia.

Hanya dikenali sebagai Chen, 53, setakat ini, lelaki terbabit masih ditahan untuk siasatan dan pemeriksaan lanjut.

Agensi berita AP melaporkan Chen juga mengalami masalah paranoid.

Skizofrenia ialah masalah mental yang menyebabkan penghidapnya boleh mengalami perubahan sikap secara tiba-tiba.

Yam sedang menghadiri majlis promosi di Guangdong apabila seorang lelaki menaiki pentas dengan selamba sebelum menghunus pisau dan menikam ke arah perut aktor terbabit.

Serangan itu menyebabkan Yam, 64, terpaksa menjalani pembedahan kecil di sebuah hospital di Zhongshan.

Turut dikenal dengan nama Yam Tat-wah, dia sudah muncul dalam lebih 120 filem dan 40 siri TV.

Antara filem lakonan Yam ialah Bullet In The Head, Naked Killer dan Lara Croft: Tomb Raider – The Cradle of Life.

Lihat Komen
ADS