Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Upiak bertunang dengan jejaka asal Padang
Diterbitkan:  Jul 29, 2019 1:20 PM
Dikemaskini: 5:20 AM

Pahit yang dirasai semasa berumah tangga sebelum ini tidak menghalang penyanyi Tak Tun Tuang, Upiak Isil, kembali mencuba untuk membuka lembaran baru dalam hidupnya.

Pada Sabtu lalu, Upiak selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihannya, Dezi Ilham.

Upiak, 33, berkongsi berita gembira itu melalui akaun Instagram miliknya.

"Alhamdulillah. Bertunangan dengan @dzilhm1412. 27 Julai 2019,” tulisnya ringkas.

Upiak - yang kini sudah mengubah penampilannya dengan berhijab - pernah mendedahkan, dia sedang mengenali hati budi seorang jejaka berpewatakan alim berasal dari Padang, Sumatera Utara. 

Terdahulu, Upiak atau nama asalnya Silvia Nanda, pernah mendirikan rumah tangga pada 2013 tetapi bercerai dua tahun selepas itu.

Upiak mendakwa perceraian berlaku disebabkan tiada keserasian antara dia dan bekas suami selain ibu mentua tidak menyukainya kerana menyanyikan Tak Tun Tuang. 

“Apabila lagu saya Tak Tun Tuang menjadi tular, saya bukan lagi menantu dia, malah dituduh pula kurang siuman kerana lagu dinyanyikan itu,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS