Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Diumpamakan ikan masin, Fairuz belum mahu maafkan bekas suami
Diterbitkan:  Aug 1, 2019 4:03 PM
Dikemaskini: 8:03 AM

Hampir sebulan mendekam dalam penjara kerana disiasat berhubung isu "ikan masin", pelakon sinetron Galih Ginanjar akhirnya memohon maaf pada bekas isterinya melalui surat yang ditulis di balik jeriji besi.

Surat itu kemudian dibacakan isterinya, Barbie Kumalasari, depan petugas media di Balai Polis Metro Jaya, Jakarta Selatan pada 30 Julai lalu.

Namun, isi kandungan surat itu sedikit pun tidak membuatkan hati Fairuz A Rafiq lebih tenang sebaliknya semakin parah menahan geram.

“Selama ni aku dizalimi, selama ni maruah aku diinjak-injak, harga diri aku sebagai perempuan dipermainkan, dan selama ni aku usaha diam,” katanya seperti dipetik Liputan 6.

Justeru, sepucuk warkah tersebut Fairuz masih belum mampu memaafkan bekas suaminya, malah turut mempersoalkan mengapa permohonan maaf itu tidak dibuat lebih awal.

Pada masa sama, Fairuz, 33, juga berasakan permohonan maaf dibuat Galih langsung tidak menunjukkan lelaki itu benar-benar ikhlas padanya.

Rasa enggan memaafkan itu sebenarnya turut dipengaruhi kata-kata yang digunakan Galih. Tidak hanya mengaku salah, di mata Fairuz, bekas suaminya itu dituduh cuba mempromosi album lagu yang bakal dilancarkan selepas dia bebas dari penjara nanti.

Umum rancangan rakam lagu

Tindakan Galih itu membuatkan Fairuz mengucapkan istigfar.

“Astaghfirullah… baru sedar bahawa surat itu isinya bukan fokus mahu minta maaf. Terima kasih teman-teman yang memaklumkan pada saya,” katanya di Instagram.

Untuk rekod, meskipun terkenal sebagai pelakon sinetron, Galih berhasrat untuk mengembangkan kariernya dalam bidang seni suara.

Dia juga mengaku bakal melancarkan sebuah album kompilasi selepas bebas dari penjara nanti.

Galih sedang disiasat atas dakwaan menghina bekas isterinya itu sewaktu berlangsungnya wawancara program di YouTube dijalankan oleh Pablo Benua dan Rey Utami.


Baca Kerana 'ikan masin' bekas suami Fairuz disoal 13 jam


Gara-gara mengaitkan kemaluan bekas isteri seperti ikan masin, Galih, Pablo dan Rey ditahan ditahan di Pusat Tahanan Polis Daerah Metro Jaya.

Antara permohonan maaf dibuat Galih menyebut, dia menyesal kerana mendatangkan malu pada Fairuz.

“Atas kecuaian saya (meminta maaf kerana) kekhilafan dan kekeliruan hingga mengakibatkan ketidaknyamanan Fairuz dalam menjalankan aktiviti seharian di mana pun dia berada,” katanya.

Galih kemudian beralih menceritakan perihal kariernya dengan berkata, dia masih mampu berkarya walaupun ditahan di penjara.

“Saat ini saya sangat bahagia diberi kekuatan oleh Allah, hingga saya dapat berkarya, menulis lagu selama menjalankan ujian di Pusat Tahanan Polis Daerah Metro Jaya.

“Insya-Allah, selepas bebas daripada masalah ni, saya akan membuat dan merakam album kompilasi bersama Kaka, vokalis dari KK Band dan isteri saya, Barbie,” katanya.

Lihat Komen
ADS