Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
‘Sudahlah malas cari ilmu, nak halau pendakwah pula’
Diterbitkan:  Aug 21, 2019 10:30 AM
Dikemaskini: 2:30 AM

Pelakon, Adam Corrie menasihatkan semua pihak supaya tidak menghalau usaha dakwah sekiranya mereka tidak mampu untuk berbuat demikian.

Adam berkata sepatutnya umat Islam membantu usaha dakwah.

"Kalau kita tak boleh sampaikan dakwah, kita bantu mereka yang berdakwah menyampaikannya dengan tanpa halangan.

"Jangan pula kita menghalau mereka berdakwah. Sudahlah kita ini malas pergi mencari ilmu," tulis beliau di Facebook.

Beliau tidak merujuk mana-mana pihak secara khusus. 

Bagaimanapun kenyataan itu dikeluarkan di tengah-tengah konstroversi melibatkan penceramah antarabangsa Dr Zakir Naik.

Mengimbau detik beliau memeluk Islam, Adam berkata menjadi tanggungjawab kepadanya untuk berkongsi keindahan Islam kepada saudara bukan Islam.

"Kita tanya diri sendiri, berapa ramai orang yang benci Islam telah kita fahamkan tentang keindahan Islam," katanya lagi.



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS