Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
'Ultraman Buddha' buat kumpulan Buddha Thailand berang
Diterbitkan:  Sep 12, 2019 2:05 PM
Dikemaskini: 6:05 AM

Sebuah kumpulan Buddha beraliran keras di Thailand membuat laporan polis terhadap seorang artis perempuan kerana menghasilkan lukisan berupa Utraman berkepala Buddha.

Karya seni itu dikeluarkan daripada pameran minggu lalu dan artis itu terpaksa membuat permohonan maaf terbuka kepada ketua sami wilayah Nakhon Ratchasima, di timur laut Thailand, dengan disaksikan gabenor.

Artis itu ialah pelajar tahun akhir di sebuah universiti.

Namanya tidak disebut bagi menjaga keselamatan dirinya.

Kumpulan itu - Buddhist Power of the Land - memfailkan laporan itu dengan menamakan artis itu dan empat lagi pihak terlibat dalam pameran atas alasan tidak menghormati Buddha.

Mereka menuntut tindakan bawah undang-undang membendung penghinaan agama yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun.

Lihat Komen
ADS