Zamani akhiri zaman bujang
Diterbitkan: Sep 21, 2019 12:21 PM
Dengan sekali lafaz, penyanyi Zamani Ibrahim selamat menamatkan zaman bujang beliau dengan wanita pilihan hatinya, Nur Juliana Abdul Rani.
Majlis pernikahan yang diadakan secara kecil-kecilan itu telah berlangsung di Ampang Kuala Lumpur, dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja.
Juliana menerima sebentuk cincin dan mas kahwin bernilai RM300 bersama hantaran perkahwinan 7 berbalas 9.
Pasangan yang berkawan hampir 14 tahun itu juga bakal menunaikan ibadah umrah bersama-sama tidak lama lagi.
Majlis resepsi bakal diadakan pada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.