SENI & HIBURAN

‘Filem silat ini cerminkan kita - Melayu’

Syahierul Fakhri

Diterbitkan
Dikemaskini 5 Okt 2019, 7:03 pagi

Filem bertemakan silat Geran yang akan ditayangkan pada 10 Oktober ini mencerminkan orang Melayu, kata pengarahnya Areel Abu Bakar.

Katanya filem itu menceritakan refleksi orang Melayu dari segi karakter, pergaulan, peradaban dan sopan santunnya.

“Kita tengok filem ni sebenarnya mencerminkan kita (Melayu).

“Macam mana orang kita punya masalah samalah dengan apa yang kita mahu tunjukkan dalam filem ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berkaitan masa filem itu dikeluarkan, yang kebetulan banyak isu berkaitan orang Melayu hangat diperkatakan, termasuk kempen utamakan barangan Muslim (BMF).

Areel Abu Bakar

Sementara itu, Areel berkata, beliau tidak menggunakan pelagak ngeri, sebaliknya semua aksi dilakukan sendiri oleh pelakon.

Beliau mendedahkan memilih pelakon yang mempunyai asas dalam bidang silat.

“Saya tidak mahu filem saya nampak cacat cela dan rosak. Itu pentingnya budak silat.

“KIta cuba membawa semua pencak silat untuk bersatu dalam filem saya.

“Dan keseluruhan pesilat menggunakan silat gayong dari Pertubuhan Gayong Pusaka,” katanya.

Menurut pengarah, Geran dikeluarkan sepenuhnya menggunakan modal sendiri tanpa bantuan kewangan mana-mana agensi perfileman.

“Saya keluarkan modal sendiri sikit-sikit sebanyak RM 700,000 sepanjang tempoh pengambaran.

“Kalau saya pakai duit orang itu membuatkan saya takut dan kurang selesa.

“Bukan saya tak cari bantuan kewangan untuk filem ini, cuma orang tidak mahu filem tentang silat,” katanya.

Penggambaran filem itu dibuat di Kedah sepenuhnya, iaitu Sungai Petani, Alor Star, Gurun, Yan dan Kuala Kedah.

Geran menceritakan sebuah keluarga petani diugut oleh seorang lintah darat supaya menggadaikan tanah mereka.

Namun keluarga yang ditunjangi oleh anak sulung bangkit melawan demi maruah keluarga.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.