Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Jennifer dah kahwin
Diterbitkan:  Oct 21, 2019 2:45 PM
Dikemaskini: 6:45 AM

Pemenang Oscar 2012, Jennifer Lawrence, disahkan bergelar isteri kepada Cooke Maroney melalui perkahwinan yang dilangsungkan dalam majlis tertutup di Rhode Island, AS, semalam.

Berita itu disahkan oleh pegawai seranta pelakon filem Silver Linings Playbook itu hari ini.

Jennifer, 29, dan suaminya - yang merupakan pengarah Galeri Seni Lukis Gladstone di New York - melafazkan sumpah perkahwinan di hadapan 150 tetamu.

Pasangan itu, lapor CNN, diraikan di sebuah rumah agam yang dibina arkitek Richard Morris Hunt pada 1890-an.

Antara yang hadir majlis itu rakan selebriti termasuk Amy Schumer, Emma Stone, Adele dan Kris Jenner.

Spekulasi berhubung pasangan itu sudah berkahwin muncul September lalu apabila beberapa imej foto perkahwinan mereka dilihat di pejabat pendaftar di Manhattan.

Jennifer yang turut membintangi filem Hunger Games itu dan Marooney mula menjalinkan hubungan romantis selepas dipertemukan rakan mereka dan kemudian mengikat tali pertunangan pada Februari lalu.

Lihat Komen
ADS