Seni & Hiburan Malaysiakini

Sepuluh protege dipilih, akan berentap minggu depan

Hiburan  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Sepuluh protege telah dipilih untuk berentap dalam program realiti Mentor Milenia yang akan membuka tirainya minggu depan.

Mereka ialah Aedy Karma, Sean Asyraf (Bulan), Apex Tajudin, Ayien Malik, Sharee Lopes, Ryan Que, Remy Manaf, Rika Rianna, Daus Husny dan Yazrul Arrep.

Penyanyi Akim Ahmad, Black Hanafiah dan Hazama Azmi kembali sebagai mentor yang akan memberi bimbingan kepada peserta saban minggu.

Dua lagi mentor baru ialah Stacy Anam dan Ernie Zakri.

Akim akan menjadi mentor kepada Sharee Lopes dan Ryan Que, manakala Black mentor kepada Aedy Karma dan Bulan.

Apex Tajudin dan Ayien Malik bakal mendapat bimbingan Hazama dan Remy Manaf serta Rika Rianna dibimbing Stacy. Ernie pula akan menjadi mentor kepada Daus Husny dan Yazrul Arep.