Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Kanye West pernah anggap rap irama iblis
Diterbitkan:  Oct 23, 2019 12:15 PM
Dikemaskini: Oct 24, 2019 9:48 AM

Penyanyi rap popular Amerika Syarikat, Kanye West, hampir saja meninggalkan muzik rap sebagai bidangnya mencari makan selepas berpendapat irama itu sebenarnya untuk iblis.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh paderi West, Adam Tyson, dalam temu bual bersama Apologia Studio di Youtube.

Tyson adalah paderi di Gereja Placerita Bible di California yang yang dikunjungi West sejak Mei lalu bagi mendapatkan nasihat keagamaan.

Dalam sesi temu bual itu,Tyson mendedahkan West pernah memberitahunya "untuk tidak lagi menyanyi rap".

"Saya bertanya kepadanya: mengapa?

"West memberitahu saya, rap adalah muzik untuk iblis," katanya.

West yang juga suami kepada model, Kim Kardashian, kebelakangan ini dilihat semakin mendekati agama Kristian.

Paderi tersebut bagaimanapun menjelaskan kepada West bahawa rap bukanlah irama untuk iblis sebaliknya hanya sekadar satu daripada genre muzik.

"Anda boleh rap untuk tuhan.

"Gunakan bakat yang diberikan tuhan kepada anda dan gunakan platform itu," kata Tyson menasihati West.

Ketika sesi pengumuman album barunya - Jesus Is King - di Washington DC, West turut memberitahu hadirin: "Saya bukan berada di sini untuk menghiburkan anda, tetapi untuk menyebarkan gospel".

Laman TMZ juga melaporkan West mengakui dirinya "telah diselamatkan" baru-baru ini dan memberitahu dia adalah seorang lelaki yang baru mengenali Kristian.

Menurut CNN Indonesia pula, Kanye menjelaskan dia tidak lagi akan mencipta muzik yang bersifat keduniaan sebaliknya hanya akan memberi tumpuan kepada lagu berunsur keagamaan.

Malah, dia sebelum ini juga mengadakan persembahan berunsurkan keagamaan di Festival Muzik Coachella dan menganjurkan upacara keagamaan yang melibatkan kenalan rapatnya sejak Januari lalu. 

Lihat Komen
ADS