Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Artaid19 bantu ringankan beban Yayasan Aids Malaysia

Peruntukan kecil diperoleh daripada kerajaan untuk melaksanakan program kesedaran dan pencegahan wabak HIV/Aids mendorong Yayasan Aids Malaysia (MAF) membawakan Artaid19 sebagai salah satu cara mengatasi kekangan kewangan dihadapi mereka.

Menurut Penasihat Pameran Artaid19, Ahmad Zakii Anwar, MAF memang memerlukan lebih banyak sumbangan agar aktiviti berorientasikan pengurangan bahaya atau membantu penghidap dan mereka yang terdedah HIV/Aids dapat dilaksanakan dengan berkesan.

“Peruntukan diperoleh tak mencukupi untuk menjalankan aktiviti di seluruh negara.

“Kami harap dengan adanya Artaid19, acara sebegini dapat meningkatkan kesedaran orang ramai berhubung HIV/Aids. Dana-dana ni mustahak,” katanya kepada Malaysiakini.

Berbanding tahun-tahun sebelum ini, Artaid19 kembali dalam skala lebih besar dan menghidangkan lebih banyak karya seperti lukisan dan arca dengan jumlah keseluruhan artis 59 orang terlibat.

Artaid19 berlangsung di White Box, Publika, Kuala Lumpur hingga 27 Okt ini. Setakat ini lapan lukisan sudah terjual sejak ia dilancarkan dua hari lalu.

Untuk rekod, Ahmad Zakii - antara pelukis terkenal di negara ini - dan salah seorang pemegang amanah MAF adalah orang yang bertanggungjawab mengilhamkan pameran sebegitu pada 2015.

Untuk pameran kali ini, lukisan Ahmad Zakii yang berharga RM80,000 menggunakan media akrilik di atas linen hanya dipasarkan secara jualan peribadi.

MAF yang ditubuhkan pada 1993 ialah organisasi pengumpul dana untuk disalurkan ke Majlis Aids Malaysia yang mengusahakan program program kesedaran dan pencegahan HIV/Aids.

Menurut Ahmad Zakii, hasil jualan pameran itu akan dibahagi 50-50 di antara pelukis dengan Artaid.

Ahmad Zakii.

"Jualan begini dapat membantu golongan lelaki, wanita dan kanak-kanak yang dijangkiti HIV dan Adis melalui program rawatan MAF, penjagaan dan inisiatif sokongan.

"Justeru, kami harapkan lebih banyak kesedaran dapat diperoleh melalui jualan amal begini.

“Mereka yang membeli bukan saja membawa pulang lukisan tapi dapat pengecualian cukai,” katanya.

Lihat Komen
ADS