Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan

Penyanyi Sham Visa beranggapan dia akan menjadi peserta program Gegar Vaganza musim enam (GV6) yang bakal tersingkir pada konsert kelima minggu lalu kerana persembahannya terjejas ekoran dia mengalami sakit tekak.

Kata Sham, pada hari pertandingan itu, dia hampir tidak dapat mengawal kerisauannya namun menguatkan diri untuk memberi persembahan setakat yang termampu.

"Ada sebab persembahan saya tak bagus. Saya alami sakit tekak, kering tiga hari sebelum konsert.

"Sampai rasa ada nak terkeluar minggu ni," katanya.

Pun begitu, Sham atau nama sebenarnya Rohisham Hashim berkata, dalam kepayahan, dia tetap mahu melunaskan tanggungjawabnya.

"Ni dah minggu kelima. Saya dah mula belajar cara nak mengatasinya," kata selepas habis acara di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam baru-baru ini.

Pada konsert kelima itu, Sham mempersembahkan Terima Kasih Cinta yang dipopularkan penyanyi Indonesia, Afghan.

Persembahan itu menyaksikan Sham, 47, berada di tangga kelapan daripada 10 peserta yang layak ke peringkat seterusnya.

Minggu ini, Sham diberi lagu Suratan Takdir, nyanyian asal oleh kumpulan Gersang.

Mengulas perkara itu, Sham berkata, dia amat menghormati Gersang sebagai pemuzik hebat.

"Lagu itu sering dengar sewaktu masih bersekolah. Zaman itu sedang ambil Sijil Pelajaran Malaysia lagi, tahun 1988.

"Mereka senior dan saya sangat hormat mereka," katanya.

Lihat Komen
ADS