Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan

ULASAN FILEM | Terus terang saya bukan mengikut filem tempatan secara dekat tetapi apabila habis menonton Pulanaivu ketika tayangan perdana kepada media di sebuah kompleks membeli-belah baru baru ini, saya berkata dalam hati:

"Filem ini tidak kurang hebat jika dibandingkan dengan filem-filem dari India".

Pulanaivu ditulis dan diarah bersama oleh Shalini Balasundram dan suaminya Sathish Natarajan. Shalini juga berlakon dalam salah satu watak penting dalam filem itu.

Pulanaivu yang bermaksud 'siasatan' akan membawa anda kepada kisah hidup seorang isteri yang memegang jawatan tinggi dalam pasukan polis, di saat polis mula membuka siasatan terhadap kematian seorang pelajar kolej swasta di biliknya.

Shaila Nair - juga penerbit bersama filem ini - turut memegang watak protaganis dalam filem genre thriller jenayah ini.

Di saat watak Shaila cuba merungkai punca kematian pelajar itu, dia berdepan beberapa situasi mengejutkan sehingga terpaksa mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan.

Siapa pembunuh pelajar tersebut? Apa yang memaksa watak Shaila meninggalkan pasukan polis? Adakah dia memang letak jawatan? Inilah persoalan yang bermain di fikiran sepanjanga hampir dua jam filem itu.

Turut membintangi Pulanaivu ialah Kabil Ganesan, Sarankumar, Krithigah Nair, Shabby Ley, Shahrwind, KS Maniam, Shashi Tharan, Desmond Dass, Mardinii, Irfan Zaini, Pashini Sivakumar, dan Ramkumar Ravichandran.

Bermula dengan pemilihan watak, suntingan, skrip, sinematografi, skor dan arahan, filem ini boleh dikatakan hampir. Pulanaivu cukup segala-segalanya.

Lakonan Shaila Nair tidak dinafikan cukup berkesan. Sebagai seorang pegawai polis dan ibu kepada anak yang menerima ancaman, dia membuktikan kedudukannya sebagai seorang pelakon berpengalaman.

Ketika sidang media, Shaila Nair berkata dia tertarik dengan watak yang diberikan pengarah dan cuba menambahkan emosi kepada stereotaip seorang pegawai polis.

Pintar dan tegas ketika bertugas, dia bertukar menjadi ibu dan isteri yang penyayang sebaik pulang ke rumah.

Tidak kurang hebatnya watak yang dibawa pelakon lain iaitu Shalini, Shasi, Saran, Kabil dan Krithigah.

Dalam aspek pengarahan pula, gandingan kali ketiga Shalini denga Sathish membuktikan pasangan itu tidak kurang hebat dalam genre ini.

Setiap kali polis mendapat petunjuk, ada teka-teki baru yang muncul. Dari permulaan cerita hingga ke klimaks, penonton 'melekat' di kerusi panggung dan tidak boleh mengalihkan perhatian.

Penceritaannya menunjukkan Shalini dan Sathish membuat banyak kajian dan rujukan berkenaan bagaimana polis mengendalikan kes pembunuhan.

Skrip dan naratif filem yang kemas menjadikan penonton tidak tertinggal atau keliru dengan jalan cerita, meskipun dengan kejutan demi kejutan.

Pulanaivu adalah filem Tamil neo-noir pertama di Malaysia.

Filem ini bakal ditayangkan di 64 pawagam seluruh negara bermula hari ini.


B NANTHA KUMAR ialah wartawan Malaysiakini.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS