Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Finas akan perbanyak program kesedaran kandungan baik penyiaran

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) merancang untuk memperbanyakkan program dan kempen dalam memberi kesedaran serta mendidik pemain industri tentang kepentingan tanggungjawab bersama memaparkan kandungan yang boleh menjana minda masyarakat.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpurhari ini, Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata hala tuju Finas ialah menghasilkan kandungan yang sarat dengan nilai-nilai murni.

Beliau ditemui selepas merasmikan Seminar Keluarga Sejahtera 2019.

Mengulas lanjut, beliau berkata bagaimanapun, kandungan filem dan program yang ditawarkan melalui platform digital seperti Netflix tidak ditapis selain mempunyai rangkaian yang lebih meluas berbanding rangkaian televisyen tempatan.

"Kalau kita kawal kandungan di platform media tempatan sahaja tetapi kandungan (dalam talian) program antarabangsa terbuka kepada sesiapapun, ia akan tetap merisikokan pembangunan minda anak-anak kita,” katanya.

Ahmad Idham berkata pihaknya telah berjumpa dengan Lembaga Penapisan Filem dan menyuarakan isu itu serta berharap akan ada kawalan yang lebih baik terhadap kandungan filem dan program yang ditawarkan platform dalam talian.

- Bernama

Lihat Komen
ADS