‘Shweta, kamu selamanya pemenang di hati kami’
Di sebalik berang dan rasa kecewa, Pengarah Kebangsaan Miss Universe Malaysia Elaine Daly turut melihat sisi positif daripada penyertaan Miss Malaysia Shweta Sekhon.
Elaine juga berkata Shweta tetap menjadi pemenang di matanya dan seluruh rakyat Malaysia.
“Kepada semua yang mengucapkan tahniah dan buat kami rasa istimewa, terima kasih.
“Shweta dan pakaian kebangsaan yang dipakainya sentiasa menjadi pemenang bagi kami.
“Maksud saya, kita berjaya buatkan semua mata tertumpu pada Malaysia dan kita dapat tunjukkan budaya dan warisan kita kan?” tulisnya.

Kontroversi bermula apabila hos pertandingan mengumumkan Miss Filipina Gazini Ganados sebagai pemenang kategori pakaian kebangsaan terbaik.
Bagaimanapun, hanya Shweta dipanggil bersedia di atas pentas.
Shweta membetulkan bahawa dia dari Malaysia dan hos kemudian menyalahkan telepanduan yang disediakan padanya.
Bagaimanapun, beberapa jam selepas itu, Miss Universe di media sosial mereka berkata hos mereka tidak membuat sebarang kesalahan.

Pengumuman itu menimbulkan rasa marah warga maya yang melihat perkwa itu tidak profesional dan tidak seharusnya berlaku.
Dalam status panjang berjela di Instagram itu juga, Elaine menzahirkan rasa “teramat kecewa: dengan apa yang berlaku.
Elaine mendedahkan beliau menulis surat kepada Presiden Miss Universe Paula Shugart bagi meminta pengesahannya.
Katanya, Shugart menjelaskan kemenangan itu milik Filipina dan berkata kakitangan penerbitan yang mahu menunjukkan peserta kegemaran mereka.
“Saya kelu, tapi itulah yang berlaku,” katanya.
Pakaian Sekhon bertemakan warisan masyarakat Peranakan Malaysia direka oleh Carven Ong.
Malaysia belum pernah menang dalam sebarang kategori dipertandingkan dalam acara itu.

