Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Penyanyi kontroversi acah tunjuk kemaluan di tempat awam
Diterbitkan:  Jan 13, 2020 10:34 PM
Dikemaskini: 2:38 PM

Seorang selebriti yang terkenal dengan kontroversi sekali lagi mengundang perhatian ramai apabila dirakam terlibat dalam pertelingkahan di tempat awam.

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, lelaki itu dilihat bertengkar dan cuba melakukan provokasi terhadap beberapa lelaki lain, dalam kejadian dekat sebuah restoran dipercayai di Singapura.

Lelaki yang sebelum ini dilanda kontroversi berkaitan rumah tangganya itu juga mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang individu yang duduk di depannya, sebelum bertindak membaling kerusi.

Dia kemudian lari ke jalan raya setelah individu tersebut bangun dan menuju ke arahnya.

Bagaimanapun dia kembali ke tempat itu dan membuat suatu perkara yang mengejutkan, iaitu membuka zip seluar dan mengacah mengeluarkan kemaluannya.

Video berdurasi 1 minit 30 saat yang dimuat naik pagi tadi di laman Facebook Official_Fidz setakat ini meraih hampir 300,000 tontotan dan dikongsi lebih 3,000 warganet.

Pada September lalu, dia diheretkan ke mahkamah di Singapura atas tuduhan mencuri.

Kira-kira dua bulan kemudian, iaitu pada 20 November, dia sekali lagi didakwa di mahkamah atas dakwaan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam, selepas ditangkap polis ekoran menjerit dan menunjukkan isyarat lucah di Orchard Towers, Singapura pada bulan sama.

Lihat Komen
ADS