Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Dunia kustom tanah air kehilangan pengasas Suzzy Helmets
Diterbitkan:  Jan 28, 2020 9:40 PM
Dikemaskini: 3:29 PM

Komuniti kustom atau binaan khas di Malaysia kehilangan dua penggiatnya, termasuk pengasas Suzzy Helmets, Shahid Al Warith Abdul Aziz, susulan kemalangan jalan raya, Ahad lalu di Perak.

Shahid, 25, meninggal dunia ketika dikejarkan ke Hospital Gerik selepas terlibat dalam kemalangan berhampiran hentian rehat Titiwangsa.

Rakannya, Nor Ezam Abd Manan meninggal dunia di tempat kejadian.

Shahid, Nor Ezam dan lima rakan mereka yang lain berkonvoi motosikal menuju ke Gerik ketika kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Ismail Che Isa ketika dihubungi Malaysiakini berkata kemalangan itu berlaku selepas sebuah pacuan empat roda dari arah bertentangan terbabas sebelum merempuh kumpulan konvoi berkenaan.

"Siasatan awal pihak polis mendapati bahawa pacuan empat roda dari Gerik menghala ke Jeli ini dipercayai terbabas sebelum memasuki laluan motosikal.

"Kes ini dipercayai melibatkan kecuaian, kemungkinan pemandu mengantuk," katanya.

Abang kepada Shahid, Ahmad Al Qayyuum, ketika dihubungi berkata, dia mendapat tahu perkara itu selepas menerima panggilan telefon daripada pihak polis.

Shahid yang merupakan anak kelahiran Temerloh, Pahang mengasaskan Suzzy Helmets pada 2016 dan sejak itu terus menempah nama dalam komuniti kustom atau binaan khas di Malaysia.

Jenazah Shahid dan Nor Ezam selamat dikebumikan masing-masing di Tanah Perkuburan Sungai Karang Darat, Kuantan dan Tanah Perkuburan USJ22, Subang, semalam.

 

Lihat Komen
ADS