Beberapa hari selepas Idris Elba mengesahkan dia positif Covid-19, kini isteri aktor itu, Sabrina Dhowre, pula mendedahkan dirinya tidak terkecuali daripada wabak tersebut.

Model dan aktres itu berkongsi maklumat diagnosnya dengan pengacara Oprah Winfrey Saturday sewaktu rancangan Facetime on Winfrey’s “Oprah Talks Covid” Apple TV+ berlangsung.

Temu bual itu turut disertai Elba, yang kebetulan menjalani kuarantin bersama-sama.

Menurut Sabrina, dia baru dimaklumkan mengenai keputusan ujian saringannya pagi semalam.

Bagaimanapun, katanya, berita tersebut tidak memeranjatkan kerana dia mengaku ada bergegas untuk bertemu suaminya yang sedang menunggu keputusan diagnos.

“Saya mahu berada bersamanya ketika tu. Itu adalah naluri seorang isteri, iaitu untuk menjaga suaminya,” katanya dipetik CNN.

Sama seperti Elba, Sabrina menjelaskan keadaan kesihatannya ketika itu masih baik.

“Saya tidak berasa apa-apa seperti yang dijangkakan akan berlaku akibat simptom Koronavirus, dan ini sangat pelik.

“Ia mungkin akan berubah pada minggu-minggu seterusnya, dan kami akan mengemas kini perkembangan dari semasa ke semasa.

“Cuma situasi membimbangkan apabila kami duduk di sini berdua dan asimptomatik (tidak menunjukkan gejala),” katanya.

Minggu lalu, Elba, 47, memuat naik perkongsian di Twitter berkata, dia dan isterinya mengambil risiko kekal tinggal dalam kediaman sama walaupun dia positif Covid-19.

Pelakon Avengers: Infinity War itu sebelum ini disahkan positif untuk Covid-19 dan menjalani kuarantin sendiri di rumah walaupun tidak menunjukkan apa-apa simptom.

Malah, Elba juga menafikan dakwaan dia sedang tenat seperti dilaporkan sebuah rakaman video klip palsu yang tular.