SENI & HIBURAN

Messiah dibatalkan, didakwa mengandungi sentimen Islamofobia

Diterbitkan
Dikemaskini 30 Mac 2020, 1:44 tengahari

Drama siri bergenre thriller, Messiah dibatalkan oleh siaran berbayar Netflix hanya selepas bersiaran selama satu musim.

Naskhah bersiri itu dibintangi Michelle Monaghan, yang menjayakan watak sebagai agen dari Central Intteligence Agency (CIA). Watak itu ditugaskan untuk menyiasat seorang individu yang dikenali sebagai Al-Masih.

Al-Masih mengumpulkan pengikutnya selepas mendakwa dia dihantar ke bumi oleh kuasa lebih tinggi.

Seorang daripada bintang siri itu, Wil Traval mengesahkan bahawa rancangan berkenaan tidak akan kembali ke perkhidmatan streaming tersebut.

"Ini adalah hari berduka cita. Saya baru menerima berita daripada Netflix bahawa tak akan ada musim kedua untuk Messiah," katanya.

Selepas episod musim pertama disiarkan pada Januari lalu, terdapat beberapa aduan dibuat terhadap drama bersiri berkenaan yang didakwa mengandungi sentimen anti-Islam.

Malah Suruhanjaya Filem Jordan (lokasi beberapa penggambaran dijalankan) menggesa Netflix mengharamkan siri itu di negara berkenaan.

Netflix dalam satu kenyataan berkata, Messiah adalah satu karya berbentuk fiksyen. Ia bukan berdasarkan mana-mana karakter, figura atau agama.

"Kesemua rancangan Netflix mempunyai penarafan dan maklumat yang boleh membantu pelanggannya membuat keputusan sendiri sama ada apa yang boleh atau tak boleh ditonton keluarga mereka," kata kenyataan itu.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.