Penyanyi popular Indonesia, Glenn Fredly, meninggal dunia di Hospital Fatmawati di Jakarta hari ini.
Glenn, 44, yang terkenal di Malaysia menerusi lagu popularnya, Januari, dilaporkan menghembus nafas terakhirnya kira-kira jam 6 petang tadi.
Menurut agensi berita Antara dan media tempatan lain, punca kematian penyanyi kelahiran Jakarta itu masih belum diketahui.
Penyanyi itu dilaporkan terjatuh di apartmennya, sebelum dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.
- Bernama
