Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Fazura hamil selepas dua tahun berumahtangga
Diterbitkan:  Apr 17, 2020 5:33 PM
Dikemaskini: 9:33 AM

Pelakon terkenal, Nur Fazura Sharifuddin mengesahkan dia hamil anak sulung selepas dua tahun mendirikan rumah tangga dengan aktor Fattah Amin.

Kata Fazura, kadar usia kandungannya kini sudah mencecah empat bulan.

“Selepas melayari perkahwinan kami selama dua tahun, saya dan suami @fattahaminz ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan.

“Insya-Allah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahaya mata yang pertama.

“Ketika ini usia kandungan saya sudah mencecah empat bulan,” katanya di Instagram hari ini.

Menurut pelakon Manisnya Cinta Di Cappadoccia itu, tiada waktu lain selain saat ini yang dirasakan paling sesuai untuk menimang cahaya mata mereka.

“Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan.

“Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang,” katanya.

Fazura, 36, turut mengambil kesempatan sama untuk mengucapkan syukur dan terima kasihnya buat peminat yang tidak putus-putus mendoakan kebahagian mereka.

“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini.

“Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang. Insya-Allah. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi daripada kami berdua,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS