Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Sharmini disenarai pendek untuk Anugerah Cerita Pendek Komanwel
Diterbitkan:  Apr 21, 2020 11:14 PM
Dikemaskini: 3:14 PM

Sebuah cerita pendek digarap penulis tanah air, Sharmini Aphrodite berjudul Ouroboros, Ouroboros berjaya disenarai pendek untuk Anugerah Cerita Pendek Komanwel tahun ini.

Karya anak kelahiran Sabah itu adalah satu daripada 20 cerita yang berjaya disenarai pendek daripada 5,107 penyertaan dari 49 negara.

Anugerah Cerita Pendek Komanwel diberikan secara tahunan ke atas karya terbaik fiksyen pendek yang tidak diterbitkan, ditulis oleh rakyat Komanwel berumur 18 tahun dan ke atas.

Cerita pendek fiksyen Sharmini, 25, telah diterbitkan secara dalam talian dan cetak, disenarai pendek dalam Anugerah Golden Point Singapura pada 2017 dan Anugerah Cerita Pendek Ulasan Buku Australia (2018) serta Anugerah Perak Golden Point (2017).

Esei seninya juga naib juara Anugerah Penulisan Seni Majalah Frieze, (2017).

Anugerah berkenaan yang sudah memasuki tahun kesembilan dikelolakan Yayasan Komanwel melalui inisiatif budayanya, Penulis-penulis Komanwel.

Anugerah Cerita Pendek Komanwel diberikan untuk karya terbaik fiksyen pendek yang tidak diterbitkan mengandungi 2,000 hingga 5,000 perkataan dalam bahasa Inggeris.

Pemenang serantau masing-masing menerima £2,500 (RM13,500) dan pemenang keseluruhan menerima £5,000 (RM 27,315).

Penyertaan terjemahan juga layak untuk menyertai seperti kisah ditulis dalam bahasa asal Bengali, Cina, Perancis, Yunani, Kiswahili, Melayu dan Portugis. kemasukan bagi pertandingan adalah percuma.

Tahun lepas, dua cerita pendek dihasilkan penulis tanah air berjaya disenarai pendek untuk Anugerah Cerita Pendek Komanwel iaitu My Mother Pattu yang ditulis Saras Manickam dan Pengap - ditulis dalam bahasa Melayu - kemudian diterjermah ke bahasa Inggeris oleh Adriana Nordin Manan.

Salah seorang daripada penulis berkenaan, iaitu Sarah menjadi penulis Malaysia pertama memenangi Anugerah Cerita Pendek Komanwel bagi kategori Asia. 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS