Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Lepas buang imej seksi, Kilafairy kini tampil bertudung
Diterbitkan:  Jun 6, 2020 9:20 PM
Dikemaskini: 1:20 PM

Pelakon dan penyanyi Kilafairy yang sinonim dengan imej seksi kini berubah penampilan dengan bertudung.

Berkat doa ibu dan bapa yang tidak pernah putus, Kilafairy, 28 melakukan penghijrahan itu sejak kelmarin, sempena mengambil keberkatan Syawal.

Pemilik nama sebenar Syakila Nisa Jahangir Khan itu berkata, penghijrahannya itu seiring dengan impiannya tahun ini untuk berubah menjadi lebih baik dan memperbaiki diri.

"Saya percaya niat yang baik akan dipermudahkan. Hati saya terbuka mahu mengenakan hijab.

"Saya membulatkan tekad tanpa tekanan mahupun paksaan sesiapa.

"Semoga penghijrahan ini mendapat keberkatan. Apa yang lebih diharapkan saya kekal istiqamah," katanya dipetik BH Online.

Anak penyanyi Rohana Jalil itu membuang imej seksi dan mula berpakaian sopan secara perlahan-lahan sejak awal tahun ini.

Kini, pengusaha produk kesihatan itu sudah terbiasa dengan gaya terbaru.

"Perubahan ini seiring dengan peningkatan usia dan kematangan diri. Saya percaya dalam hidup kita tidak boleh terus berada di takuk lama, perlu ada penghijrahan.

"Saya berhasrat mahu menjadi insan lebih baik daripada sebelumnya. Sudah enam bulan saya menjaga penampilan diri, nyata saya selesa," katanya pelakon filem Karak dan Hoore! Hoore! itu.

Lihat Komen
ADS