Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Fynn Jamal minta maaf sebab bimbang amalan tak diterima
Diterbitkan:  Jul 2, 2020 2:31 PM
Dikemaskini: 6:31 AM

Penyanyi Fynn Jamal hari ini membuat permohonan maaf kerana bimbang ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan tidak aman.

Bagi Fynn, sekiranya tidak membuat memohon maaf, dia bimbang apa yang belum diusahakan akan menjadi punca amalan tidak diterima Tuhan.

“Saya tak mahu tinggalkan dunia dalam keadaan tak aman dan kesal. Takut apa yang terbaki menjadi punca tak diterima Allah pula.

“Maaf salah dan silap daripada pihak aku jika ia tak selari dengan apa Allah syariatkan dan untuk semua yang ada salah dan silap.

“Jangan serabut-serabut, daripada belah aku,” katanya di media sosial sebentar tadi.

Fynn juga berkata, untuk berdepan situasi tersebut, dia serahkan dirinya bulat-bulat pada Allah.

“Aku serahkan semua pada Allah. Apa yang terbaik untuk timbangan akhirat aku, itulah yang aku minta Allah tunaikan,” katanya.

Gesa mohon maaf

Bagaimanapun, kenyataan Fynn atau nama sebenarnya Nur Affina Yanti Jamalludin itu sebenarnya dibuat kerana dia ingin menjalani prosedur pembuangan sista (cyst) dalam badan.

Surgerication namanya ni. Surgery sambil vacation. Hahaha. Prosedur ringkas saja. Insya-Allah. Tapi sebab nak pomen menda2 alah dalam rahim ni, kena gak la tido (tidur) habis,” katanya.

Baru-baru ini, nama Fynn, 37, meniti di bibir ramai pihak selepas mengundang kontroversi berhubung kenyataan dibuatnya membabitkan isu jenayah rogol adalah berpunca daripada dalam kalangan wanita.

Menurut penyanyi lagu Arjuna Beta itu, penggunaan aplikasi penapis imej, swafoto serta TikTok antara perkara boleh mengundang rogol disebabkan ia mengubah penampilan wanita atau menimbulkan keghairahan nafsu syahwat lelaki.

Perkara itu menimbulkan kebingungan ke atas penyanyi Caprice hingga mengundang Fynn untuk mengupas lanjut teori berkenaan secara langsung di Instgram miliknya.

Selain Caprice, turut mengundang Fynn untuk sesi temu bual berhubung isu berkenaan adalah selebriti Wardina Safiyyah.

Wardina pula menempelak serta menggesa Fynn agar memohon maaf kerana mengaitkan filter mahupun aktiviti di laman sosial dengan jenayah rogol - yang dianggapnya sudah berlaku sejak zaman berzaman.

Lihat Komen
ADS