Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Ustaz Abu: Doakan yang baik-baik buat Sajat
Diterbitkan:  Jul 10, 2020 3:27 PM
Dikemaskini: 8:04 AM

Penceramah Abu Syafiq meminta orang ramai supaya berhenti menghina usahawan kosmetik kontroversi Nur Sajat.

Teguran itu dibuat selepas Sajat tiga hari lepas memuat naik gambar seksinya yang hanya memakai bikini.

Posting itu mencetuskan pelbagai reaksi keras, termasuk daripada bekas peserta Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak.

“Sebelum nak tuding jari pada Sajat.

“Jangan lupa empat jari pada diri dulu. Bertaubatlah,” tulisnya.

Sementara itu, Abu Syafiq juga mengingatkan supaya kegiatan dakwah, termasuk melibatkan golongan ahli agama, perlu dilakukan secara berhikmah.

“Tegurlah dia dengan berhikmah.

“Ramai juga yang bergelar Ustaz dan PU namun tidak berhikmah dalam berdakwah,” tulisnya.

Abu Syafiq 

Abu Syafiq juga mendedahkan mendapat banyak panggilan telefon meminta beliau untuk “menyerang” Sajat.

"Elok kita doakan baik-baik dan hidayah buat beliau. Ramai yang call saya minta serang Sajat sekarang. 

"Saya jawab, Sajat juga manusia biasa tidak terlepas dari dosa dan noda," katanya.

Lihat Komen
ADS