Malaysiakini
SENI & HIBURAN

Fasha selamat lahirkan bayi perempuan, Aidil cuti sebulan

Diterbitkan

Pelakon Fasha Sandha selamat melahirkan bayi perempuan melalui pembedahan pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsikan suaminya, Aidil yang juga pelakon melalui akaun Instagram miliknya tengah hari tadi.

“Alhamdulillah Baby A selamat dilahirkan dan sihat. Syukur Ya Allah. Alhamdulillah di atas rezeki ni.

“Terima kasih isteriku, Fasha Sandha di atas kandungan ni,” katanya.

Semalam, pemilik nama penuh Nur Fasha Sandha Hassan iu memberi bayangan bakal bersalin lebih awal daripada tarikh jangkaan sebenar.

Baby A adalah anak pertama buat Fasha dan Aidil yang berkahwin pada 30 Mac tahun lalu. Bagaimanapun, ia adalah perkahwinan kedua buat Fasha.

Dia sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli dan mereka dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli dan Puteri Raysha Jemaima.

Aidil juga memberitahu, dia bakal mengambil cuti sebulan untuk menjaga Fasha, 36, di rumah.

Aktor itu turut mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan peminat yang tidak putus-putus mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan.

“Saya cuti sebulan jaga dan teman awak berpantang OK.

“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan untuk kami. Semoga Allah perluaskan lagi rezeki kalian,” tulisnya.

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.