Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Covid-19: Finas Hulu Kelang tutup sementara
Diterbitkan:  Nov 1, 2020 9:20 PM
Dikemaskini: 1:46 PM

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menutup operasi pejabatnya di Hulu Kelangbuat sementara waktu dari 2 hingga 6 November ini.

Ini selepas seorang individu yang mengikuti Program Santun OKU di Finas pada 24 Oktober 2020 lalu telah dimaklumkan positif Covid-19.

Sehubungan itu, sepanjang tempoh tersebut, Finas mengumumkan penutupan kaunter perkhidmatanya.

"Lesen bagi urusan berhubung permohonan, pembaharuan lesen, Bayaran Filem Import, Sijil Perakuan Penggambaran Filem (SPP), Surat Akuan Filem Iklan Buatan Malaysia (MIM), Surat Sokongan Kemasukan Pekerja Filem Asing (PFA) dan Tuntutan Bayaran Balik Deposit," kata Unit Komunikasi Korporat Finas pada satu kenyataan hari ini.

Untuk sebarang pertanyaan dan urusan berkaitan operasi perkhidmatan Finas boleh berhubung terus di talian hotline 03-7968 2182 atau e-mel di [email protected].

Talian hotline dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang (kecuali hari Sabtu, Ahad dan cuti umum).

Pemakluman dari semasa ke semasa kepada pelanggan Finas akan dikemaskini di laman sesawang Finas www.finas.gov.my dan media sosial Facebook, Instagram dan Twitter @FinasMalaysia.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS