Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Mads Mikkelsen ganti Johnny Depp dalam Fantastic Beasts 3
Diterbitkan:  Nov 27, 2020 12:33 PM
Dikemaskini: 4:33 AM

Warner Bros Pictures akhirnya mengesahkan aktor Mads Mikkelsen akan menggantikan Johnny Depp untuk membawakan watak sebagai ahli sihir jahat, Gellert Grindelwald dalam filem Fantastic Beast ketiga.

Mikkelsen bukan pertama kali terbabit dengan filem blockbuster. Kewibawaannya selalu digunakan dalam banyak filem gred A termasuk membintangi filem Rogue One: A Star Wars Story, Doctor Strange, Casino Royale, serta The Hunt.

Fantastic Beast yang dijadual menjengah pawagam pada 15 Julai 2022 ketika ini sedang menjalani pengambaran di studio Warner Bros. Studios Leavesden, berhampiran London.

Filem berkenaan turut dijayakan pelakon seperti Eddie Redmayen, Ktherine Waterston, Dan Fogler dan Ezta Miller.

Depp pertama kali muncul sebagai Grinderlwald pada penghujung Fantastic Beast tapi dia memainkan peranan lebih besar dalam filem kedua.

Pada 6 Nov lalu, Depp memuat naik kenyataan dia diminta mengundurkan diri daripada watak berkenaan oleh Warner Bros.

Jurucakap Warner Bros mengesahkan berita itu.

Menurut laporan Fox News, Mikkelsen menghadiri uji bakat yang dijalankan pihak produksi seminggu selepas Warner Bros mengumumkan pengguguran nama Depp dalam francais filem tersebut.

Awal bulan ini, Depp dilaporkan kalah kes saman fitnah terhadap penerbit Britain The Sun susulan dakwaan tabloid itu yang mengatakan dia seorang pemukul isteri.

Keputusan tersebut menyebabkan peminat Depp menggerakkan petisyen dalam talian untuk membawa kembali aktor kesayangan mereka masuk ke Fantastic Beasts atau ia berhadapan aksi boikot. 

Menurut pencipta Fantastic Beast, JK Rowling,  selain dua sekuel Fantastic Beast yang telah diterbitkan pada 2016 dan 2018, ia mempunyai lima siri kesemuanya.

Lihat Komen
ADS