Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Dulu asyik minta cerai, kini Irwansyah sentiasa didamba isteri
Diterbitkan:  Dec 17, 2020 12:08 PM
Dikemaskini: 4:08 AM

Menjelang 10 tahun usia perkahwinannya, pelakon dan penyanyi Indonesia Irwansyah mendedahkan banyak dugaan perlu didepani hidup bersama Zaskiar Sungkar.

Katanya, selepas bertahun-tahun mendirikan rumah tangga dia berdepan dengan pelbagai pertanyaan, termasuk yang sering diajukan, permintaan cerai daripada aktres tersebut.

“Oh dia, keanak-anakan sangat. Kalau dulu keanakan sangat, memang gaduh-gaduh. Sekarang alhamdulillah jarang bergaduh. Jika dulu boleh sampai tumbuk dinding.

"Sering dia (Zaskia) beritahu saya dia mahu diceraikan,” katanya ketika berbicara dengan Ashanty melalui vlog dimuat naik di YouTube.

Kenyataan itu diakui oleh Zaskiar, 29, yang menyifatkan dirinya seorang mudah beremosi.

Kakak pelakon kepada Shireen Sungkar itu juga menganggap keadaan dirinya belum matang.

“Usia itu memainkan peranan penting, dulu kan masih budak-budak. Apa-apa pun saya sudah malas, yang diributkan masalahnya itu, itu saja,” katanya.

Bukan setakat itu, saat ini Irwansyah, 35, dan Zaskiar semakin bahagia hidup bersama apabila mereka sedang menghitung hari untuk menimang zuriat selepas menanti 10 tahun.

Pelbagai persiapan sudah dilakukan bermula dari bilik tidur bayi hingga peralatan lain.

Bagaimanapun, sejak berbadan dua, Zaskiar sering ‘dimanjakan’ hingga dia seolah-olah tidak dapat berjauhan terlalu lama dari Irwansyah.

“Alhamdulillah tak cerewet, tapi manja... masya-Allah. Gue (saya) juga jadi bingung, biasanya nggak gitu (bukan macam tu).

“Jika saya berjauhan terlalu lama jadi rindu, tapi alhamdullilah, saya gembira,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS