Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Penatarias kena peka imej artis, kata Rizman Ruzaini
Diterbitkan:  Jan 7, 2021 10:27 AM
Dikemaskini: 3:22 AM

Jenama fesyen terkenal, Rizman Ruzaini, berpendapat penatarias yang menyiapkan busana untuk dipakai Natasha Hudson perlu lebih teliti dan peka dengan imej wanita yang bertudung.

Rizman Ruzaini yang mengaku terkejut apabila mengetahui koleksinya dipakai selebriti bertudung itu berkata, penatarias terbabit perlu menjaga sensitiviti masyarakat setempat.

“Sebagai pereka baju tersebut, saya terkejut dan agak kecewa kerana si pemakainya seorang yang berhijab.

“Sedikit sebanyak tindakan itu boleh mencalarkan imej dan reputasi jenama Rizaman Ruzaini yang telah bertapak sejak 15 tahun lalu,” katanya.

Natasha yang juga pelakon Chermin itu panas sejak kelmarin selepas dia memuat naik gambar dia menggayakan busana rekaan Rizman Ruzaini semasa menghadiri majlis pengumuma pelantikannya sebadai duta produk.

Namun, Natasha, 38, enggan mengendahkan cakap-cakap belakang berkenaan imej yang ditampilkannya malah beranggapan busana tersebut tidaklah keterlaluan kerana ia sebenarnya mempunyai kain lapik berwarna kulit (nude).

Menurut Rizman Ruzaini, baju berwarna putih dengan gaya terdedah pada bahagian bahu tersebut dibeli seseorang yang tidak diketahui identitinya secara dalam talian tiga bulan lalu.

“Baju tersebut adalah koleksi pakaian pengantin yang telah dibuat tiga tahun lalu dan telah dilelong dengan potongan harga sebanyak 90 peratus,” katanya dipetik Kosmo! Online.

Katanya, sepanjang berkecimpung dalam industri rekaan pakaian, dia sudah bekerjasama dengan ramai selebriti berhijab seperti Siti Nurhaliza dan sedia maklum bentuk pakaian bersesuaian dengan imej wanita yang menutup aurat.

“Sejujurnya saya marah juga apabila mendapat tahu dia (Natasha Hudson) yang memakai baju itu kerana dia berhijab.

“Rekaan baju tersebut direka untuk wanita free hair (tidak berhijab) dan pernah digayakan oleh aktres Fasha Sandha,” katanya.

Lihat Komen
ADS