Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Wawa terima ajakan seram dari wanita tak dikenali
Diterbitkan:  Feb 26, 2021 7:16 PM
Dikemaskini: 11:16 AM

Pelakon Wawa Zainal mendedahkan dia menerima mesej “menyeramkan” daripada seorang pengguna akaun Instagram yang mendakwa sebagai kenalan ‘rapat’ suaminya, Aeril Zafrel.

Menceritakan kejadian itu Wawa berkongsi satu tangkap layar memaparkan mesej individu terbabit yang kononnya cuba mendedahkan perbuatan curang dilakukan Aeril.

“Hi. Saya ialah kawan rapat husband (suami) kamu dalam Instagram.

“Dia kahwin kamu dan membuat dengan perempuan lain (menjalin hubungan dengan perempuan lain),” katanya.

Individu terbabit seterusnya mendakwa, Aeril ada mengirim mesej dan bertanyakan sekiranya mereka boleh melakukan sesuatu.

Walaupun tidak menulis secara terperinci, individu tersebut diyakini membayangkan Aeril - atau nama sebenarnya Suhairil Sunari - cuba mengajaknya untuk berasmara.

Individu terbabit juga berkata, dia bersetuju dan mengajak aktor itu untuk ke sebuah hotel berdekatan dengan Jonker Street di Melaka.

“Semalam dia mesej saya dan boleh tak kita membuat… Saya kata okey, esok dekat hotel Melaka kamu datang ke Jonker Street. Saya jumpa kamu," katanya.

Pada masa sama, individu terbabit mengajak Wawa untuk datang ke hotel dan melihat sendiri keadaan suaminya.

Pun begitu, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawan Zainal Abidin, 29, itu hanya menganggap kiriman mesej yang diterimanya sebagai melucukan dan pelawaan berkenaan tersebut sebagai menyeramkan.

“Macam-macam ya’ll (kamu semua). Serem (seram) betul ya zaman sekarang ni,” katanya sambil mengiringi kenyataan itu dengan emoji ketawa.

Wawa dan Aeril, 32, mendirikan rumah tangga pada 2013 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

 

Lihat Komen
ADS