Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Polis S'gor lengkapkan kertas siasatan kes hantaran ibu selebriti

Polis Selangor kini dalam proses melengkapkan kertas siasatan berhubung kes ibu seorang selebriti popular yang dikatakan mengkritik Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi akaun Instagram miliknya.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata pihaknya baru sahaja menerima laporan teknikal daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung kes itu.

“Kita baru terima laporan daripada MCMC, jadi kita akan lengkapkan siasatan dan (akan) dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Media sebelum ini melaporkan kesemua tujuh saksi berhubung kes itu telah selesai diambil keterangan.

Siasatan dijalankan selepas ibu selebriti itu, yang berumur 54 tahun, membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada 5.44 petang, 30 Mei lepas.

Kes itu juga sebelum ini disiasat oleh polis Kuala Lumpur namun kemudian diserahkan kepada polis Selangor selepas mendapati insiden berkenaan berlaku di Selangor.

- Bernama

Lihat Komen
ADS