Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Selebriti ditahan disyaki terlibat kes pemerdagangan orang

Polis menahan seorang selebriti lelaki berumur 40-an selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks, dalam satu sekatan jalan raya di sekitar negeri ini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Amran Mohd Ghani berkata susulan tangkapan itu, pihaknya berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau di sebuah bilik hotel di Kuala Pilah, kira-kira pukul 10 pagi.

Menurutnya, polis turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Axia, beberapa bungkus kondom, sejumlah wang tunai dan empat telefon bimbit semasa tangkapan berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

“Mangsa yang diselamatkan telah mendapat perintah perlindungan sementara dan ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amran berkata, lelaki itu kini ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) selama empat hari bermula Ahad lepas.

Beliau berkata lelaki itu juga dikenakan kompaun atas kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).

“Siasatan lanjut berkaitan kes ini diteruskan bagi mengenal pasti rangkaian kegiatan pemerdagangan orang ini,” katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS