Bank Indonesia (BI) meramalkan perbelanjaan penggunaan fesyen Muslim global mencecah AS$311 bilion (RM1.3 trilion) pada 2024 berbanding AS$ 277 bilion (RM1.15 trilion) pada 2019, menurut Agensi Berita Vietnam (VNA).

Pengarah BI Ekonomi dan Kewangan Syariah Bambang Himawan seperti dipetik Agensi Berita Antara, berkata, perbelanjaan sektor fesyen Muslim di Indonesia pada 2019 mencecah AS$16 juta (RM66.7 juta) dan merupakan antara lima negara teratas selepas Iran, Turki, Arab Saudi dan Pakistan.

Menurutnya, bank itu bekerjasama dengan pelbagai rakan strategik untuk meningkatkan lagi produk halal Indonesia, seperti fesyen Muslim, melalui pelbagai platform e-dagang dengan mengadakan pameran, yang juga sebahagian daripada Festival Ekonomi Syariah Indonesia (ISEF) 2021 .

Katanya, fesyen Muslim sektor utama industri halal Indonesia, berjaya menduduki tempat ketiga dunia pada suku kedua 2021.

Syariah yakin Indonesia mampu untuk terus membangunkan industri halal yang bukan sahaja dapat memenuhi keperluan pasaran domestik malah di peringkat global.

Makanan halal dan fesyen Muslim berupaya menjadi sektor utama yang mendorong pemulihan ekonomi negara, katanya.