Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Lagu Awie, Hael, Naim antara 10 terpilih ke SFMM36
Diterbitkan:  Nov 22, 2021 12:10 PM
Dikemaskini: 4:10 AM

Lagu Coretan Pilu nyanyian Awie, Bujang (Hael Husaini), Mimpi (Haqiem Rusli) dan Purnama (Naim Daniel) antara 10 lagu terpilih untuk bersaing dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik 36 (SFMM36).

Enam lagu lain ialah Cinta Jangan Pergi (Azzam Sham), Chikadun (Floor 88), Lenyap (Usop), Penat (Andi Bernadee), Rindu Separuh Nyawa (Naqiu & Vanessa) dan Salahku (Yonnyboii) turut diumumkan layak ke peringkat itu.

Ia diumumkan secara langsung melalui program Muzik-Muzik 36 TV3 oleh pengacara Alif Satar dan Sissy Imann, semalam.

Sebanyak 30 lagu akan dipilih memasuki peringkat separuh akhir dan pengumuman 20 lagu lagi akan dibuat pada episod seterusnya iaitu 28 November dan 5 Disember ini.

Program mingguan lagu-lagu paling popular di Malaysia itu bakal memulakan pusingan separuh akhir untuk edisi yang ke-36 pada 31 Disember depan dan 1 Januari 2022 ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS