Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan

Kelab bola sepak gergasi tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mencipta sejarah tersendiri apabila menjalin kolaborasi strategik dengan Universal Music Asia Tenggara dan syarikat rakaman Def Jam dengan lagu tema Pioneers menampilkan penyanyi rap terkemuka dunia, Snoop Dogg.

Pemilik kelab bola sepak tersebut, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, JDT sentiasa komited untuk memberikan yang terbaik demi meningkatkan kemajuan kelab bola sepak dinaunginya.

“Apabila bercakap mengenai kelab JDT, berulang kali saya ulang ini bukan hanya sebuah kelab bola sepak semata-mata.

“JDT adalah satu empayar. Saya tak hanya cipta sebuah kelab bola sepak yang biasa-biasa tapi mempunyai aspirasi dikenali di peringkat antarabangsa.

“Itulah idea penubuhan JDT, sebuah kelab bola sepak yang bagi saya, mempunyai cerita penuh inspirasi,” kata Tunku Ismail.

Tunku Ismail memaklumkan, pada awal penubuhan JDT, banyak pihak memandang enteng masa depan kelab tersebut yang diramalkan hanya mungkin bertahan untuk beberapa tahun saja.

Namun, kata Tunku Ismail, JDT berjaya membuktikan kelab itu sebaliknya menjadi semakin kuat.

“Ramai orang meramalkan bahawa kelab ini hanya akan bertahan untuk tempoh dua tahun.

“Hari ini, kami dah berusia 10 tahun dan kami semakin kuat hari demi hari,” titah baginda.

Tunku Ismail berkata lagi, dalam penubuhan kelab bola sepak perkara yang paling susah adalah untuk mendapatkan hasilnya.

Katanya, untuk mendapatkan hasil dan wujud bersama secara komersial, ia sesuatu yang tidak boleh dijangka kemungkinannya.

“Kadang-kadang saya cubit diri saya sendiri apa yang berlaku sekarang adalah sesuatu yang nyata.

“Sekarang dah jadi satu kelab yang hebat dan semakin bergerak ke hadapan, kami akan terus komited memperkenalkan jenama yang dibangunkan ke serata dunia,” katanya.

Lihat Komen
ADS