Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan

Polis menyerbu sebuah persembahan muzik ‘underground’ di Pulau Pinang dan penganjurnya ditahan lebih 12 jam kerana tidak mempunyai lesen persembahan.

Insiden itu tular di media sosial semalam selepas beberapa pemuzik dan pencinta muzik dalam dalam luar negara mengulas isu itu semalam.

Persembahan itu berlangsung pada Ahad lepas di Ruas Store, kedai muzik baru di Georgetown.

Salah seorang pemiliknya Shaik Fitri berkata polis menyerbu premis itu kira-kira jam 11 malam, memeriksa kad pengenalan dan bertanya berkaitan lesen.

“Kami belum ada lagi. 

“Kami baru buka dua tiga bulan,” katanya kepada Malaysiakini.

Shaik beberapa kawannya yang dibawa di balai polis berkata mereka dimaklumkan serbuan dilakukan susulan laporan awam.

Malaysiakini sudah menghubungi Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Sofian Santong b dan sedang menunggu komennya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS