Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Kurangkan duti hiburan bukan galakkan maksiat - Anwar
Diterbitkan:  Nov 29, 2023 1:38 PM
Dikemaskini: 7:15 AM

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan kerajaan menurunkan kadar duti hiburan bagi Wilayah Persekutuan daripada 25 peratus kepada kadar baru.

Tegas Anwar, langkah pengurangan duti hiburan itu bukan untuk menggalakkan maksiat.

“(Kurangkan) duti hiburan bagi artis tempatan di Wilayah Persekutuan ini saya nak kata bukan nak galakkan maksiat (tetapi) ini hiburan anak-anak muda dengan syarat-syarat terkawal,” katanya.

Dia berkata demikian dalam ucapan ketika pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata bakat kreatif tempatan perlu terus disokong bagi menghasilkan lebih banyak karya seni. 

“RM160 juta disediakan untuk melaksanakan pelbagai inisiatif untuk manfaat penggiat seni,” katanya.

Pada 13 Oktober lalu, Anwar yang juga menteri kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, berkata kerajaan bersetuju menurunkan kadar duti hiburan bagi Wilayah Persekutuan daripada 25 peratus kepada kadar baru.

Turut mendapat keistimewaan daripada Belanjawan 2024 adalah pengecualian sepenuhnya duti hiburan bagi persembahan pentas atau konsert artis tempatan.

Pengurangan lima peratus duti hiburan turut diberi kepada taman tema, pusat rekreasi keluarga, permainan di tempat tertutup dan 'simulator'.

Selain itu, pengurangan 10 peratus duti hiburan juga diberikan kepada persembahan pentas artis antarabangsa dan acara hiburan seperti tayangan filem serta acara sukan dan permainan.

Sebelum itu Selangor juga menurunkan kadar duti hiburan mereka.

Lihat Komen
ADS